Anonymous
3 tahun
Kebas kaki dan tangan kanan
keadaan yang sesekali datang bila bergerak seperti mengayuh basikal, memandu yang menggunakan tangan dan kaki atau semasa nak tidur, tangan dan kaki kanan rasa seperti sengal dan kebas. Namun masih bole mengangkat atau digerakkan seperti biasa. telah membuat Mri dan full medical checkup dan doktor tidak dpt mengesan punca sebenar. pada masa ini hanya makan ubat saraf dan vitamin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang.
Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius.
Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.