syafiqanurul0311
3 tahun
Kebas kaki dan tangan
Saya wanita 20-an mngalami kebas2 kaki dan tangan smpai tahap hilang deria rasa… Selepas kebas tu dh brkurang sye terasa sakit sangat pada kaki dan tangan sye… Adakah kebas macam ni normal? Sebelum dh jumpa doktor… Doktor belum dpt diagnosis sakit apa yang sebenar… Sekarang masih on fisioterapi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas pada bahagian anggota yang sering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Akibat saraf terjepit
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu aktiviti harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.