
Anonymous
4 tahun
Kebas pada perut bahagian kiri
Kenapa rasa kebas pada perut bahagian kiri doctor? Rasa kebas itu menyebabkan ketidakselesaan dan sekarang bahagian perut kiri membesar. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berkenaan dengan pertanyaan anda, masalah sembelit berterusan boleh menyebabkan sakit di bahagian badan, terutamanya bahagian kiri.
Antara langkah langkah untuk mengelakkan sembelit seperti
- minum air banyak
- makan makanan yang mengandungi serat seperti buah buahan dan sayur sayuran
- elakkan/kurangkan pemakanan daging merah
Walaubagaimanapun, hanya simptom kekebasan tidak dapat digunakan untuk membuat sesuatu diagnosis. beberapa soalan dan pemeriksaan perlu dijalankan untuk mengetahui punca sebenar gejala tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.