syahanicylone
3 tahun
Kebas pada perut kiri dan bahagian perut belakang sebelah kiri
Ibu saya berusia 56 tahun. Mula mengalami kebas pada bahagian perut sebelah kiri dan belakang perut sebelah kiri. Dalam masa 2 minggu, bahagian perut itu membesar dan membuat rasa tidak selesa… tapi di bahagian sebelah kiri sahaja. Tetapi ibu saya tiada demam atau muntah. Cuma ada masalah sukar buang air besar. Sembelit dan tak rasa puas bila membuang. Saya khawatir ada penyakit merbahaya kepada Ibu saya. Harap Doktor boleh membantu. Terima kasih
4 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berkenaan dengan pertanyaan anda, masalah sembelit berterusan boleh menyebabkan sakit di bahagian badan, terutamanya bahagian kiri.
Antara langkah langkah untuk mengelakkan sembelit seperti
- minum air banyak
- makan makanan yang mengandungi serat seperti buah buahan dan sayur sayuran
- elakkan/kurangkan pemakanan daging merah
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.