
Sulit
4 tahun
Kebas pd bahagian hujung jari kaki & tgn sebelah kanan
Saya berusia 39 tahun. Ketika saya jogging, tiba2 hujung jari kaki sebelah kanan saya terasa kebas. Pd waktu malam ketika tidur, saya rasa jari dan lengan bahagian tgn kanan saya pula yg kebas. Adakah ianya serius & saya perlu buat ujian darah? Apakah simptom yg saya hadapi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Setiap diagnosis memerlukan persoalan yang lebih terperinci untuk memberi diagnosis yang tepat. Maka, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk mengenalpasti punca sebenar. Jika perlu, kami akan merujuk anda kepada pakar dengan memberi surat rujukan yang sewajarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.