Sulit
3 tahun
Kebas pipi ,dagu Dan leher
Sye lelaki umur 22…baru2 ni sye mengMbil ubat gastrik Di klinik…sebelah beberapa Hari kawasan pipi,bawah dagu Dan leher menjadi tegang…adakah kesan ubat atau masalah lain seperti kurang tidur kerana sejak kebelakangan ini saya seeing your lewat…Mohon pencerahan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala ini boleh disebabkan oleh:
- Ketegangan otot kerana aktiviti seharian yang memerlukan otot di kawasan tersebut.
- Postur duduk atau diri anda yang tidak betul boleh menyebabkan ketegangan otot.
- Postur tidur yang kadangkala meregang otot leher atau menekan saraf di leher.
- Sentiasa menggunakan telefon bimbit atau komputer riba dengan meregangkan leher.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.