
Sulit
4 tahun
Kebas satu badan dan hujung jari kaki bergerak sendiri
umur 17, setiap kali bgun tido akan kebas satu badan, kdg2 hujung jari kaki sy akan bergerak sndiri dan sy amat xselesa.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas anggota badan boleh disebabkan:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.