
Sulit
5 tahun
Kebas seluruh tangan kanan sejak 2012
Ayah saya berumur 63 tahun. Telah menjalani angiogram pada tahun 2009. Pernah mengalami kekejangan separuh badan ketika bangun dari tidur. Mempunyai pengakit darah tinggi pd tahun 2012 hingga kini. Tahu. 2020 mendapat penyakit kencing manis. Namun bacaan tekanan darah dan kencing manis masih tahap sederhana tinggi. Kini, ayah saya mengalami kebas tangan berpanjangan yg menyebabkan tangan kanan tidak boleh melakukan aktiviti biasa seperti memegang cawan atau pinggan kerana tangan tidak kuat serta kerap menggigil. Selain itu, menyebabkan pola tidur terganggu kerana kerap terjaga disebabkan tangan kebas ataj sakit. Ditambah dengan satu lagi penyakit iaitu Periodic Limb Movement Disorder kerana kaki menendang ketika tidur. Semakin lama semakin kerap menendang selang 2-3 minit. Dulu hanya kaki kanan sekarang kedua dua belah kaki menendang ketika hampir terlena atau sedang lena. Saya ingin mencuba terapi akupunturnamun khuatir dengan risikonya. Ayah saya mengambil ubat pencair darah dan pelbagai ubat dari IJN menyebabkan saya tidak pasti apakah rawatan yg sesuai. Klinik dan hospital kerajaan tiada saranan kecuali menghadiri sesi Physiotherapy. Ayah saya semakin sukar bergerak setiap hari kerana tangan dan kaki yg bermasalah ini. Mohon pandangan dari doktor. Terima kasih banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.