Anonymous
3 tahun
Kebas tangan dan kaki
Wanita 31 tahun. Pesakit darah tinggi, saya ada habit minum alcohol berlebihan bila stress. Kemudian kebas tangan kiri keseluruhan lepas tu tangan kanan but very mild bahagian kaki. Lunca kerana alkohol berlebihan atau darah tinggi? Cara saya merawat? Degupan jantung way too fast and saya makan ubat darah tinggi which novasc 10mg and atenalol. So it slows down but saya still rasa kebas.
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, biasanya masalah kebas biasanya berkaitan dengan saraf. Namun begitu ia boleh juga disebabkan oleh masalah lain di kawasan sekitarnya yang menggangu saraf bahagian tersebut seperti masalah salur darah, otot dan juga tulang. Selain itu, penyakit ini juga boleh disebabkan oleh penyakit jantung.
Untuk mengetahu penyebab masalah ini, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Anda boleh kunjungi mana-mana klinik atau hospital, atau klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.