
learning.yana
4 tahun
Kebas tangan kiri dan lengan
Saya bertanya bagi pihak ayah saya:
Ayah saya berumur 55 tahun. Dia mengalami kebas di tangan kiri sejak akhir tahun 2017. Tahun lepas dia telah dirujukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Selepas pemeriksaan, hospital megatakan tiada apa2 masalh pada saraf ataupon tulang ayah saya. Namun ayah saya tetap menjalani rawatan fisioterapi untuk mengurangkan rasa kebas tersebut ( memandangkan doktor di hospital tersebut hanya bagi 2 pilihan, fisioterapi atau potong). Setelah beberapa kali menjalani rawatan (titisan lilin), kebas di tangan makin teruk malah lebih teruk daripada sebelumnya. Ayah saya mengambil keputusan untuk berhenti rawatan dan hanya mengambil ubat sahaja.
Sepanjang berhenti daripada rawatan, ayah saya cuba untuk pergi berurut dan juga menjaga makanan beliau.
Beberapa hari yang lepas,di tangan ayah saya pula seakan ada ruam gatal2 yang timbul. Pergi ke klinik, Dr kata ada jangkitan dan beri ubat sapu. Rasa kebas ditangan pula makin teruk dan berdenyut2 sehingga ayah saya tak dapat tidur malam.
Persoalan saya, ayah saya bercadang untuk pergi ke hospital semula, tetapi dalam masa yang sama dia berasa tawar hati kerana beberapa kali pemeriksaan, tetap doktor kata tak ada apa2… Adakah patut untuk dia pergi ke hospital semula sekarang untuk pemeriksaan semula? Patutkah tukar hospital?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda dinasihatkan untuk terus ke hospital dan minta pandangan doktor pakar dari jabatan yang berbeza. Anda boleh minta pandangan pakar saraf atau perubatan.
Permasalahan seperti ini boleh disebabkan oleh berbagai punca dan konsultasi serta pemeriksaan fizikal diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.