
Sulit
4 tahun
Kebas tangan kiri hingga ke bahu
Saya wanita berumur 39 tahun. Kebelakangan ini tangan kiri saya sering kebas bermula dari jari hingga ke bahu. Adakala terasa di cucuk. Sakit ini dah berlanjutan selama 2 minggu…Sebelum ini saya pernah menghidapi ‘herniated disc surgery’ (L5 S1) pada tahun 2017. Adakah kesakitan ini ada kena mengena penyakit history saya atau ada kebarangkalian lain. Minta penjelasan. TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas tangan.
Untuk makluman anda, gejala herniated disc L5S1 biasanya tidak melibatkan tangan. Ia biasanya membawa sakit dan gejala di bahagian pinggul dan kaki. Untuk masalah kebas tangan, ia boleh berpunca daripada perkara berikut:
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit dada
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.