
cikzabiahbintasnah
4 tahun
Kebas tangan kiri sejak seminggu
Saya wanita berkerjaya lewat 30an…semenjak seminggu saya selalu rasa kebas tangan kiri dan pada harini kebas tersebut dirasai di badan bahagian kiri jugak…pemeriksaan doktor oksigen tekanan darah dan denyutan nadi normal. Cuma sedang menunggu keputusan darah. Saya stress kerana kebas makin merebak dan takut untuk tidur. Bolehkah doc membantu saya menerangkan kebas tangan dan badan sebelah kiri…buat masa ni ke kaki belum lagi…tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebas tangan kiri ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- komplikasi kencing manis (diabetic neuropathy)
- trauma atau kecederaan pada tangan atau tulang belakang (Vertebrae)
- tekanan kepada saraf tangan kiri (lazim jika tertindih tangan atau menulis terlalu lama)
- carpal tunnel syndrome
- strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.