
Sulit
4 tahun
Kebas tangan sewaktu bangun tidur
Hi dr. Sy selalu merasa kebas2 tangan sewaktu bangun dari tidur di pagi hari. Adakah ianya disebabkan sy suka tidur meniarap? Ataupun faktor2 lain? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan kepada saraf kerana melakukan aktiviti seperti meniarap
- Kencing manis
- Kekurangan nutrisi yang mencukupi seperti Vitamin B12
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.