Sulit
2 tahun
Kebas tangan waktu tidur
Salam sejatera doktor
Saya ingin menanya tangan emak saya kebas bukannya selalu, emak saya berusia 67tahun.emak saya mempunyai kencing manis dan darah tinggi.
Emak saya ada minum susu Anlene gold dan air lemon setiap hari. Adakah punca dari air lemon dan susu yang menjadi tangan kebas ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rasa sakit ataupun kebas tangan (seperti dicucuk jarum) merupakan gejala kepada penyakit-penyakit berikut:
Sindrom Carpal (“Carpal Tunnel Syndrome”)
Diabetes
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Cedera urat saraf (nerve palsies)
Terdapat pelbagai ubat tahan sakit yang boleh diberikan kepada anda namun punca kepada kesakitan tersebut perlu diketahui dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.