
Sulit
4 tahun
Keberkesanan pil perancang kehamilan
Sy isteri 31thn…sy baru je makan oralcon 29hb oct 2020 iaitu pd hari ke5 period. Soalan saya , adakah saya mungkin akan hamil sekiranya saya melakukan hubungan kelamin bersama suami tanpa sebarang alat pencegahan kehamilan?saya tidak pernah lagi terlepas pengambilan pil perancang sejak 29oct tempoh hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil perancang harian selama 1 hari, anda boleh segera mengambil pil yang anda lupa dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya. Bagi menjawab persoalan tentang mengandung, anda perlulah untuk membuat ujian pemeriksaan kandungan melalui air kencing iaitu UPT. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih