
atykahilyas
6 tahun
Keberkesanan pil perancang postinor
saya ingin bertanya mengenai pil perancang postinor. jika saya mengambil pil postinor dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seksual dan masih belum datang haid selepas 10hari mengambil pil tersebut tetapi dalam tempoh 10 hari tersebut saya bersama dengan suami adakah masih berkesan pil yg saya ambil sebelum itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, pil postinor adalah pil perancang kecemasan yang perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan selepas itu, pil itu tidak lagi berkesan selepas tempoh tersebut.
Bagi menjawab soalan haid anda yang tidak datang selepas 10 hari mengambil pil tersebut, ia adalah bergantung kepada kitaran haid normal dan waktu normal kedatangan haid anda.
Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui sekiranya anda mengalami sebarang masalah haid. Anda boleh periksa kebarangkalian hamil dengan menggunakan alat pemeriksa kehamilan dari farmasi terdekat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian tentang sebarang kerunsingan atau persoalan. Terima kasih.