
Sulit
4 tahun
Keberkesanan pil perancang yang dimakan beberapa jam sebelum persetubuhan di waktu subur
Saya wanita berumur 26 tahun dan telah berkahwin. Soalan saya, adakah berkesan pil perancang yang saya ambil beberapa jam sebelum bersama dengan suami? Dan jika dirujuk pada kalendar period, hari saya bersama dengan suami adalah hari subur saya.
Diharap doktor dapat memberi penjelasan tentang hal ini.
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis pil perancang iaitu pil perancang sebelum hubungan kelamin dengan pil perancang selepas hubungan kelamin.
Pil perancang selepas hubungan kelamin seperti Postinor dan Escapelle mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan. Pil-pil perancang ini hanya berkesan sehingga 72 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan. Justeru itu, pil perancang ini seharusnya diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin. Terdapat sejenis pil perancang yang baru di pasaran iaitu Ella, yang mengandungi bahan ulipristal acetate. Pil ini berkesan sehingga 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Pil perancang sebelum hubungan kelamin seperti Noriday, Yazmin, Rigevidon, Marvelon dan sebagainya seharusnya diambil setiap hari mengikut arahan doktor. Jika pil perancang ini tidak diambil setiap hari, maka pil ini adalah tidak berkesan untuk mencegah kehamilan. Pil perancang ini juga tidak berkesan untuk mencegah kehamilan jika diambil selepas setiap kali mengadakan hubungan kelamin. Justeru itu, jika isteri anda mengambil pil perancang tersebut selepas lama tidak mengambil ubat tersebut, pil tersebut kurang berkesan untuk mencegah kehamilan terutamanya selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Oleh itu, anda digalakkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memperoleh nasihat tentang cara pencegah kehamilan yang paling sesuai untuk anda serta isteri anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.