
Sulit
5 tahun
Kebimbangan tentang covid19
sya wanita umo 20an…pada 7/3 sya ada pergi ke majlis perkahwinan cousin sya…pada malam tarikh yg sama sya mengalami sakit tekak selama 3 hari dalam masa yg sama sya demam pada 8/3 …demam sya on/off…demam 3 hari lps tu lega selang 2/3 hari demam balik…kemudian sya mengalami batuk Dan selesema berair Dan juga sakit sendi semasa demam…hampir 10 hari selepas itu sya lega…kemudian dalam minggu ni sya ada demam sedikit panas dan juga mengalami kesukaran utk bernafas…sya mengalami semasa tido…dada terasa berat utk bernafas…perlu tarik nafas dalam utk bernafas…oleh itu sya bimbang kerana sya x tahu dgn sapa sya contact semasa kenduri itu kerana sya jaga bhgian sambut tetamu yg mna smua tetamu perempuan yg hadir sya salam… jdi sya perlukan penerangan tentang masalah sya ini

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Bagi masalah kesukaran bernafas, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- asma
- Anemia
- pneumonia
- COPD
Keperluan ujian saringan bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini