
Sulit
4 tahun
Kebingguan tentang Period ataupun hanya Demam biasa. Harap doktor boleh memberi respon yang baik. Terima kasih
Hi, Doktor. Saya berumur 28 tahun. Haid saya biasanya setiap bulan teratur dan period biasa dalam 6-8 hari. Tetapi pada bulan ni Period saya hanya 3 hari sahaja. 2 minggu sebelum period, saya ada demam panas 1 hari dan selepas pada tu badan saya sering panas, sakit pinggang, perut kosong, rasa mual/loya, pening dan sakit bahagian payudara. Dan sehingga sekarang pun saya rasa lengguh-lengguh pinggang, loya dan perut kosong even baru lepas makan. Adakah saya hamil doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah 20 tanda-tanda awal kehamilan untuk anda rujuk dan kenalpasti simptom yang terdapat pada anda:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan sederhana seperti pemeriksaan urine pregnancy test (UPT). Sebagai tips, sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Klik link ini tentang (bagaimana menggunakan ujian kehamilan)
Seandainya masih negatif, adalah dianjurkan untuk anda mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan tambahan berupa pemeriksaan darah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.