Sulit
4 tahun
Kebolehan keberjangkitan covid 19
Salam/selamat petang Doc,
Salah seorang sahabat sy merupakan pesakit positive covid, tarikh pengambilan swab 17/5 dan telah discaj 25/5(9 hari).
Adakah kebarangkalian jangkitan masih tinggi sekiranya saya mengambil pesakit discaj tersebut?
Perlukah saya untuk kuarantinkan diri dan melakukan swab test?
Terima kasih.
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat didefinisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
Tambahan lagi, lazimnya seseorang itu hanya dikategorikan sebagai sembuh dan bebas dari menjangkiti COVID-19 sekiranya mereka telah menjalani rawatan penuh dan mendapatkan swab test kedua (atau selanjutnya) dengan hasil yang negatif.
Justeru saya menyarankan anda untuk melaporkan info dan cerita yang sama kepada pihak berkuasa sekiranya anda mendapati terdapat pelanggaran SOP yang telah digariskan oleh KKM, MKN dan pihak berkuasa yang lain.
Untuk makluman anda juga, coronavirus merupakan virus yang boleh disebarkan melalui:
- droplet respiratori (tetesan cairan yang berasal dari batuk, bersin dan cairan mulut atau tekak yang lain),
- menyentuh permukaan benda yang telah terkontaminasi dengan COVID-19
- atau secara airborne (udara terutama pada ruangan tertiutup / ventilasi buruk)
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Sebagai langkah berjaga-jaga, masyarakat juga boleh mendapatkan ujian saringan COVID-19 secara langsung dari kami atau mana-mana klinik yang bertauliah. Justeru mereka juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Akhir kata, terus melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, pakai pelitup muka apabila anda berada di luar rumah dan sentiasa patuh kepada SOP pandemik yang lain. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































