
Sulit
4 tahun
Kecederaan jatuh terduduk
Saya seorang perempuan berusia 22 tahun yang mempunyi berat badan berlebihan. Saya berandaian bahawa saya mengalami kecederaan pada tulang ekor dalam jangka waktu yang lama disebabkan jatuh terduduk beberapa kali. Kini saya mengalami ketidakselesaan and kadang-kadang berasa sakit pada bahagian pinggang dan keseluruhan kaki pada badan sebelah kanak. Saya juga amat risau dengan keadaan kaki kanan saya yang menurut saya senget. Jadi dr apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang. Untuk makluman anda, sejarah trauma atau jatuh terduduk yang pernah anda alami berkemungkinan menjadi antara faktor sakit belakang yang anda alami. Walaubagaimanapun, gejala sakit belakang juga boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit pinggang, seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Anda dinasihatkan untuk melakukan kunjungan ke doktor di klinik/hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan seperti x-ray . Ha ini kerana untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan susulan dan maklumat lanjut adalah diperlukan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!