
Sulit
4 tahun
Kecederaan limpa tahap 3
saya nurul. tunang saya telah mengalami kemalangan jalan raya dan telah disahkan oleh doktor limpanya cedera tahap 3 dan buah pinggangnya tahap 4. saya ingin bertanya kepada doktor apakah risiko jika limpa dan buah pinggang sebelah kiri dibuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang risiko jika limpa dan buah pinggang dibuang.
Untuk makluman anda, sekiranya salah satu buah pinggang terpaksa dibuang akibat kecederaan atau penyakit, terdapat satu lagi buah pinggang yang akan berfungsi dengan baik. Tidak kira buah pinggang sebelah kanan atau kiri, satu buah pinggang sahaja memadai untuk badan melakukan proses perkumuhan seperti biasa. Namun begitu, risiko jangka waktu panjang apabila salah satu buah pinggang dibuang adalah:
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit buah pinggang kronik
Bagi limpa pula, anda mungkin akan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan abkteria atau virus di masa akan datang. Namun, biasanya anda akan diberikan vaksin secara berkala bagi mengelak penyakit jangkitan kuman ini berlaku.
Saya menasihatkan anda untuk bertanyakan kepada doktor yang merawat dengan lebih mendalam tentang risiko ini kerana mereka lebih mnegetahui kondisi tunang anda. Bincangkan dengan mereka langkah langkah penjagaan yang patut diambil untuk jangka masa yang panjang. Saya harap anda bersabar dengan ujian sebegini.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.