Sulit

4 tahun

Kecelaruan mental dalam kalangan remaja

Saya Fafa pelajar kolej. Saya mengalami gejala seperti mudah bahagia, marah dan sedih teramat dalam masa 1 hari dan berulang di hari berikutnya. Namun dalam masa satu minggu itu saya akan mengalami kesedihan yang terlampau hingga berfikir dan melakukan percubaan bunuh diri. Namun, keesokannya keadaan saya lain seperti bahagia. Saya juga sering nampak patung kuil menari, gambar orang dalam album bergerak dan berborak, bayang hitam, dengar langkah kaki orang berjalan atau lari, berasa diikuti, berasa ada orang ingin bunuh saya, berasa diperhatikan dll. Serta jika saya membuka facebook atau twitter, jika ada ayat perli (saya berasa itu dituju kepada saya walaupun saya tidak mengenali orang itu, begitu juga ayat pedih yang disampaikan dalam berita… saya berasa dan yakin bahawa ayat itu dituju pada saya seorang. Selainnya, apabila saya marah, saya sering menutup muka, telinga… apa yang pelik, tangan yang saya tutup muka atau telinga akan keras. Contoh, saya menutup telinga menggunakan lengan seperti menekup telinga. Keadaan ini menyebabkan saya kaku seperti patung termasuk tangan atau anggota badan tidak bergerak hingga 1 – 3 jam. Begitu juga jika saya dimarahi sesiapa atau suatu keadaan yang membuat saya amat marah, posisi atau anggota badan saya akan kaku seperti patung tidak bergerak selama 1 – 3 jam. Kadang2 saya kaku berdiri, posisi tidur dll (ikut keadaan cara posisi tubuh waktu saya dimarahi). Saya juga dengar suara bisik2 kepada saya mengunakan pelbagai cara seperti memaksa saya, ketawakan saya, menangis, berbicara baik dsb. Selain itu, saya mempunyai jiran yang kurang sopan serta agak liar… Saya percaya bahawa dia penjenayah bebas… Saya juga sering mengunci pintu beserta mangga pintu kerana berfikir bahawa dia akan merompak rumah saya dan bunuh keluarga dan saya. Begitu juga berlaku pada orang luar malah keluarga saya… Saya juga percaya pihak kolej memasang cctv dalam bilik dan tandas untuk perhatikan gerak geri saya… Saya jadi takut hingga larang keluarga saya keluar rumah. Begitu juga ketika saya hendak memejamkan mata untuk cuba tidur kerana tidak boleh tidur setiap hari, saya mimpi bahawa saya dan keluarga dibunuh jiran, saya pernah mengalami kemalangan teruk, dihalau rumah dll… keadaan itu amat memilukan. Keadaan itu menyebabkan saya berasa tercekik, lemas dan bangun secara mengejut dan tercungap – cungap. Namun dibelenggu kerana saya tidak pernah mengalami kemalangan kecuali trauma hebat namun tidak melibatkan kemalangan jalan raya ataupun dihalau rumah. Tetapi apa yang saya rasakan dalam mimpi tersebut seperti benar – benar terjadi dan yakin. Saya seperti dapat rasa kejadian ngeri itu. Saya percaya bahawa keluarga merahsiakan perkara itu dari saya. Sebaliknya, keluarga menidakkannya. Saya juga susah tidur dan jika tertidur mengambil masa 28 jam. Kadang2 4 hari saya tidak makan namun jika mula makan, saya akan makan dalam kuantiti sangat banyak. Dan apabila saya sudah mengambil makan, tiba2 mempunyai rasa malas makan ataupun terasa kenyang. Apa yang pelik, pada hari keesokan selepas saya makan dalam kuantiti banyak, perut saya sangat lapar seakan – akan tidak makan hingga berbunyi… Saya berasa seperti bukan saya yang makan… Dan situasi sama berlaku pada hari seterusnya. Saya juga mempunyai satu hobi. Saya sering melihat video – video penyeksaan binatang hampir 17 kali sehari. Jika terjumpa mana – mana haiwan, saya akan menyeksa haiwan itu sepuas hati saya seperti menendang, memijak, cekik atau hiris kulit. Pada mulanya, saya akan belai haiwan, dan akan ada suatu perasaan yang memaksa saya berbuat demikian. Di kolej, jika saya tidak suka seseorang itu, saya akan menghasut orang lain dengan cara menabur fitnah terhadap orang itu. Saya juga sering menggunakan bahasa manis untuk membuat seseorang tertarik pada saya. Jika dia tidak melayan, saya akan mula bertindak agresif untuk menjatuhkan seseorang itu. Saya mudah iri hati dan dengki terhadap seseorang yang dapat apa yang saya tidak miliki. Dan saya mudah sukakan seseorang lain, saya mengambil masa paling lama 6 tahun untuk melupakan seseorang itu jika plan saya tidak berjaya. Apabila sedih seseorang yang saya suka tiada atau pergi, saya akan cipta memori palsu dalam fikiran saya bersama orang itu. Ke semua memori palsu, saya cipta keadaan di mana kehidupan saya amat menyedihkan dan penutup yang membuatkan saya gila atau mati. Situasi yang sama akan berulang pada orang lain. Saya mudah sukakan seseorang itu dan takut kehilangan orang yang saya anggap kesayangan walaupun tidak mempunyai hubungan. Saya sanggup melakukan apa sahaja supaya dia tidak meniggalkan saya. Apa yang keliru, saya akan sayang seseorang itu tahap terlampau dan tiba - tiba membencinya tahap terlampau. Keadaan ini menyebabkan hubungan saya mudah rosak terutamanya pada keluarga dan rakan - rakan… Tempoh untuk saya melupakan seseorang itu jika dia pergi adalah 6 tahun untuk pulih. Dan situasi sama berlaku kepada orang lain semula. Kemudian, jika saya kunci rumah, saya akan memeriksa hampir 30 kali… dan sama juga jika melipat baju, menyidai baju kemudian membasuh semula (salah cara sidai juga membuat saya membasuh semula) memeriksa gas, basuh pinggan dll. Saya juga mudah lupa. Saya ada suatu tabiat yang tidak dapat dibuang, dalam seminggu saja sudah lebih 100 kali saya berbuat demikian iaitu saya mudah terangsang terhadap objek yang mempunyai bucu (saya sering berbuat seks di kawasan bucu), kepada yang sama jenis dan lawan jenis termasuk kepada haiwan juga. Serta saya percaya bahawa saya ajen negara komunis, haiwan yang disumpah manusia, orang bunian, jin laut dsb. Saya akan banyak bertaubat setiap kali khamis malam jumaat kerana saya percaya pada hari jumaat akan berlaku kiamat… Saya juga boleh tafsir masa hadapan seseorang itu dan juga percaya saya boleh mengawal tuhan…. Kesimpulan dari perkara di atas, apabila saya kembali normal, saya seakan tersedar dari mimpi. Saya berasa seperti yang membuat tindakan, maki orang, seksa binatang, membuat kerja berulang kali itu, boleh mengawal orang dsb yang saya ceritakan itu seperti bukan saya. Malah saya rasa itu hantu yang duduk di dalam tubuh saya.

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kecelaruan yang anda hadapi serta kebimbangan yang membelenggu minda anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:

  • Stres berlebihan
  • Kemurungan
  • Kurang rehat
  • Kegelisahan
  • Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
  • Skizofrenia
  • Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
  • Penyakit bipolar serta psikosis
  • Penyakit kemurungan serta psikosis

Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
  • minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.

AdobeStock_38142752

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)