
Sulit
5 tahun
Kedatangan period dan mengekalkan period normal
saya wanita berumur 39 tahun dan belum kahwin,Apakah saya perlu lakukan untuk mengekalkan period saya .dari segi makanan,ubat atau senaman.?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari manakala tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Secara umumnya bagi mengekalkan kedatangan haid secara konsisten, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Bersenam namun tidak terlalu ekstrem
- Menjaga berat badan agar tidak lebih atau terkurang berat
- Mengawal tekanan emosi
- Pemakanan seimbang yang merangkumi karbohidrat, zat besi, sayuran, protein dan lemak
- Pengambilan perancang keluarga - bagi mengekalkan konsistensi kedatangan haid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.