
Sulit
3 tahun
Kedip mata dengan kerap
Hi doc. Saya berusia pertengahan 20-an. Saya mempunyai habit kedip mata dgn kuat kerap utk kedua2 mata sy. Kalau tak kedip mata dgn kuat sy rasa tak puas. Dan sy rasa nak buka mata luas2. Sy susah nak kawal. Adakah kerana mata sy kering atau ada sbb lain ye? Habit ni mula masa umur 21 Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kedip mata dengan kerap. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda,mata berkedip-kedip ini berlaku disebabkan oleh gerakan otot dalam kelopak mata secara berulangan dalam masa yang sangat cepat dan tidak boleh dikawal. Keletihan otot mata dan rangsangan berlebihan (overstimulation) adalah antara faktor puncanya akibat:
- Stress
- Pengambilan kafein berlebihan
- Gangguan tidur atau tidak cukup tidur
- Mata kering
Penyebab lain yang secara tidak langsung boleh mencetuskan gejala kelopak mata bergerak-gerak ini ialah:
- Pengambilan alkohol
- Terdedah kepada cahaya terang
- Iritasi permukaan biji mata atau bahagian dalam kelopak mata
- Kesan kerja keras secara fizikal tubuh
- Merokok
- Terdedah kepada cuaca dan angin
- Sakit kepala atau pening kepala
- Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
Sekiranya masalah yang anak anda hadapi berterusan/mempunyai simptom simptom yang merisaukan seperti (mata merah,sakit mata,sakit kepala) sila rujuk ke klinik dengan segera.Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.