
Anonymous
6 tahun
Kedudukan kepala bayi berada di sebelah atas dan air ketuban banyak
Salam sejahtera, doktor. Sy berumur 27 tahun dan ini kandungan sy yg pertama. Kandungan sy sekarang telah mencecah 35 minggu. Doktor dapati kedudukan bayi dalam keadaan songsang iaitu kepalanya dibahagian atas manakala kaki dibawah. Pada minggu ke 34, Kedudukan bayi berada pada belah kanan perut dan kakinya pula dibelah kiri perut. Bukan itu sahaja, doc beritahu jumlah air ketuban sy agak terlebih. Adakah kesan sampingan pada bayi jika jumlah air ketuban tersebut banyak dan adakah kemungkinan bayi akan berpusing lagi ke posisi yang lain ? Ada tips/exercise yang boleh diamalkan untuk masalah sebegini. Terima kasih

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Air ketuban yang banyak (polyhydramnios) boleh disebabkan oleh ibu yang menghidapi kencing manis (gestational diabetes mellitus, GDM) serta anomali kandungan (jarang). Hal ini boleh menyebabkan posisi kandungan bertukar setiap masa kerana ruang yang terlebih. Selain itu, GDM juga boleh menyebabkan bayi yang terlampau besar untuk usia kandungan, di samping menjejaskan pertumbuhan organ bayi.
Kemungkinan untuk bayi bertukar posisi tinggi terutamanya berhampiran due date. Oleh itu, anda disarankan berbincang dengan doktor anda mengenai langkah langkah yang boleh dibuat semasa kelahiran.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih