
Sulit
3 tahun
Kefahaman Keputusan ujian makmal covid 19
Suami sy baru dpt keputusan swab test tapi sy xberapa faham dengan keputusan tersebut…CT or CQ (RDRP) : 31.13%
manakala CT or CQ (E) : 27.90%
Boleh doc bagi penjelasan pada saya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan terperinci ini,
Kami memahami anda mempunyai pertanyaan tentang nilai CT daripada swab anda.
Bacaan CT merupakan cycle threshold
Jika pengesanan CT value adalah rendah boleh bermakna:
- Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
- Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
- Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
- Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
- Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Jika didapati CT value adalah tinggi ini boleh bermakna;
- Jangkitan berada di peringkat akhir
- Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
- Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
- Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
- Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
- Pengesanan saki baki virus sahaja.
Skala CT tidak patut digunakan untuk pentafsiran sebegini kerana nilainya yang boleh berbeza megikut beberapa faktor.Nilai Ct lebih 31 menunjukkan jangkitan lama.Jumlah CT akan bertambah bertahap-tahap selepas pulih.Seseorang yang sudah pulih tidak memberikan risiko jangkitan kepada orang lain bagi sesuatu masa
Namun yang demikian,anda disarankan untuk memakai pelitup muka dan juga sentiasa menjaga kebersihan tangan untuk kebaikan bersama dan mutasi baru virus,
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda boleh bercakap dengan doktor atas talian untuk nasihat selanjutnya.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini