Sulit
3 tahun
Kegatalan akibat keputihan
… Saya mahu bertanya, adakah zarin cream boleh merawat masalah kegatalan akibat keputihan? Bolehkah ubat ini disapu diluar faraj?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda digalakkan untuk membaca arahan penggunaan yang tertera bersama dengan krim tersebut kerana ubat ada cara penggunaan berbeza mengikut pengilang ubat masing-masing, malah cara penggunaan bagi masalah yang berlainan juga berbeza.
Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi penggunaan ubat yang sesuai dan cara penggunaan yang tepat bagi masalah keputihan dan kegatalan yang anda hadapi. Sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) (DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih