
Sulit
5 tahun
Kegatalan dan jangkitan di anus
Saya wanita berumur 30 tahun dan sudah berkahwin. Saya mengalami kegatalan di anus yang sangat merimaskan. Kegatalan lebih menjadi diwaktu malam. Saya sudah mendapatkan rawatan di klinik, doktor memberitahu saya mengalami jangkitan fungus dan diberikan ubat sapu. Saya juga telah makan ubat cacing atas inisiatif sendiri. Namun demikian kegatalan masih juga tidak hilang dan ini menyebabkan saya runsing. Disebabkan terlalu gatal, saya terpaksa menggaru di kawasan anus dan menyebabkan kawasan di sekitar anus saya luka dan pedih. Apakah punca kegatalan yang saya alami dan apakah ubat yang mujarab untuk ubati kegatalan ini? Dan apakah yang perlu saya lakukan untuk hilangkan kegatalan ini? Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada dubur anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes atau virus HPV
- Kesan luka pada sekeliling dubur
- Penyakit usus seperti Penyakit radang usus
- Buasir
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.