
Anonymous
6 tahun
Kegatalan dan kemerahan pada faraj
Saya masih remaja berumur 18 tahun, sy mengalami masalah kegatalan dan kepedihan pada bahagian faraj, perkara ini sudah berlaku sejak saya 13 tahun, saya pernah berjumpa pakar namun masih tidak sembuh. Kawasan kemaluan sy menjadi kemerahan dan pedih serta gatal. Sy ingin mendapatkan jawapan drpd doktor tentang masalah yg sy alami dan rawatan yg perlu sy ambil. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda.
Kegatalan di kemaluan adalah masalah kesihatan yang merimaskan di mana ia boleh menjejaskan lelaki dan wanita dari semasa ke semasa. Biasanya, ia tidak serius dan selalunya disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bahan kimia atau alergi
Gatal kemaluan terdapat banyak sebab termasuklah peluh berlebihan atau tindakbalas alergi. Dalam kes lain, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Antara sebabnya ialah:
- Jangkitan kulat
- Gatal-gatal di bahagian vulva (Pruritis)
- Iritasi kulit
- Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI )
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.