Anonymous
6 tahun
Kegatalan di bahagian celah kangkang
Saya berumur 21 tahun … saya kerap mengalami kegatalan di celah peha saya hingga ke celah v … saya selalu garu sampai dia jadi luka and pedih bila nak mandi… saya ada berjumpa doctor sebelum ni tapi dia suruh saya buat pap smere tapi saya risau kalau ada sakit lain
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
Vaginosis bakteria: Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan.
Penyakit kelamin (STD).: Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal.
Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
Menopaus
Radang disebabkan bahan kimia:Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































