
Anonymous
6 tahun
Kegatalan di bahagian miss v
Saya shira berumur 32 tahun. Mengalami kegatalan di bahagian luar miss v. Mslh kegatalan ni dah berlanjut selama semnggu Dan saya berharap untuk dapat kan rawatan segera tetapi malu untuk jumpa doktor face to face. Sila bantu saya. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai punca masalah kegatalan pada faraj. Ia selalunya berpunca daripada masalah pada faraj atau saluran kencing. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan parasit, bakteria atau virus
- Jangkitan pada saluran kencing
- Ketumbuhan tidak normal pada faraj
Adalah sukar untuk saya mengenal pasti penyebab masalah anda tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut bagi mengenal pasti punca dan rawatan yang sesuai untuk masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan rundingan secara percuma. Rundingan ini akan dilakukan secara atas talian dan privasi anda akan terjaga. Terima kasih.