
Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian wanita
Saya wanita berumur 29 tahun. Saya sering merasa kegatalan die bahagian payudara. Apabila check di klinik, doktor beritahu ianya ialah disebabkan fungus atau kulit kering dan telah memberi krim sapu. Namun sampai sekarang ianya masih ada dan apabila saya garu ia telah meninggalkan kesan. Adakah ia salah satu tanda kanser payu udara?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Atopic dermatitis
- Kulit kering
- Jangkitan kulat
- Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
- Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
Tanda lain untuk gejala kanser payu dara ialah:
- Bengkak pada sebahagian payudara
- Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
- Puting masuk ke dalam atau sakit
- Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
- Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
- Ketulan pada bahagian ketiak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.