
Anonymous
5 tahun
Kegatalan di punggung dan celah kemaluan
saya berusia 30an. selepas berpantang anak pertama, 6 tahun lepas, kerap timbul gatal2 di bahagian punggung. kadang2 seperti gegata, kayap. dan sehingga ke celahan kemaluan…
pernah jmpa doktor dan dapat ubat jangkitan kulat. habis makan datang balik gatal2. mohon bantuan. tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kegatalan di bahagian punggung. Antara punca-punca tersebut adalah:
• Tidak membasuh dengan bersih selepas buang air
• Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun
• Anal fissures atau kulit pecah di bahagian dubur
• Buasir
• Anal fistula, iaitu saluran tidak normal yang menyebabkan kebocoran tahi di bahagian dubur
• Perianal abscess, iaitu nanah di bahagian dubur
• Skin tags atau tag kulit
• Anal warts iaitu ruam yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus (HPV)
• Jangkitan cacing, kulat atau bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.