Sulit
5 tahun
Kegatalan dibahagian kemaluan
Saya berumur 23 tahun dan dalam masa setahun ini saya telah mengalami kegatalan dibahagian kemaluan dan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan luka akibat kesan garu. Soalan saya,
- cara apa utk hilangkan gatal gatal dibahagian kemaluan ini?
- saya perlu jumpa pakar atau saya hanya perlu ke klinik biasa sahaja?
- jika perlu jumpa pakar, pakar apa yg bole merawat masalah ini??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Penjagaan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan pada bahagian kemaluan (kuman, virus atau kulat)
- Penyakit kelamin
- Radang organ pelvis (PID)
- Radang kulit; dermatitis
Untuk menghilangkan dan mengurangkan rasa gatal, anda boleh lakukan langkah berikut:
- Sentiasa menjaga kebersihan kemaluan dan kawasan sekitarnya
- Menggunakan pakaian dalam yang menggunakan kapas sebagai bahan utama
- Sentiasa menukar pakaian dalam sekiranya anda kerap berpeluh
Anda boleh pergi ke klinik biasa dahulu untuk diperiksa terlebih dahulu. Bergantung pada diagnosis doktor, beliau akan merujuk anda kepada pakar sakit puan ataupun kulit untuk siasatan dan rawatan lanjut.
Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.


































