
Anonymous
5 tahun
Kegatalan dikemaluan
saya wanita dalam lingkugan 20an selalu mengalami kegatalan pada faraj sehingga menyebabkan melecet . bila nak bilaa kena air bkn main lagi pedih . apekah punca nye ye ? serta ape yang perlu saya lakukan utk menghilangkannye ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan ruam di pangkal paha anda seperti:
Kegatalan dan keputihan di kemaluan adalah masalah yang kerap berlaku dalam kalangan wanita.
Bagi wanita yang masih boleh mengandung, penyebab keputihan dan kegatalan yang paling kerap ialah jangkitan. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi jangkitan adalah penggunaan antibiotik, penukaran tahap pH vagina kerana darah haid, air mani, tahap kebersihan diri yang kurang memuaskan, pembilasan faraj (douching), kehamilan dan penyakit diabetes mellitus. Contoh jangkitan faraj adalah seperti:
- Vaginosis bakteria
- Vaginitis Candida
- Vaginitis trichomonas
Kadangkala jangkitan lain seperti, gonorrhoea dan chlamydia boleh menyebabkan simptom-simptom yang anda alami. Badan-badan asing misalnya, tampon yang dilupakan juga boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan.
Bagi wanita yang mengalami menopaus, vaginitis atropik adalah punca biasa. Sebab lain yang luar biasa termasuk kanser faraj, kanser pangkal rahim dan kanser endometrium.
Bagi wanita semua peringkat umur, kegatalan dan keputihan mungkin disebabkan oleh reaksi hipersensitiviti kepada irritant seperti minyak wangi, tuala haid, sabun dobi, spermisida, krim vagina atau pelincir, kondom lateks, kontraseptif faraj dan diafragma. Masalah ini dapat diselesaikan dengan rawatan anti-kulat atau pil hormon atas nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.