Sulit
5 tahun
Kegatalan, Enzyma pada permukaan pinggul
Saya mengalami kegatalan atau lebih tepat lagi Enzyma pada keseluruhan pinggul. Ubatan yg pernah diberikan oleh doktor adalah krim candid-b , pil lorastad Dan juga pil terbicip. Kesan ubat hanya mampu menghilangkan rasa gatal Dan tidak menyembuhkan secara total. Mohon pandangan doktor dan juga ubatan yang boleh dicadangankan… Saya tidak ada alahan pada ubatan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaannya terdapat punca pencetus bagi masalah eczema ini. Oleh itu, langkah pencegahan yang paling berkesan adalah dengan mencegah punca masalah anda ini.
Namun begitu, kami tidak dapat untuk memberikan anda preskripsi ubat melalui platform ini. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































