
Sulit
5 tahun
Kegatalan kulit kepala dan luka yang mengeluarkan cecair yang berbau akibat sering memakai krim pelurus rambut
Hi doctor, saya lelaki 21tahun, sekarang mengalami kegatalan kulit kepala mungkin akibat pemakaian krim pelurus rambut, sekarang saya alami kelemumur yang banyak dan irritation pada scalp saya serta luka yg mengeluarkan cecair yang berbau tetapi bukan nanah, apa nasihat atau treatment yang boleh saya lakukan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit kepala yang dialami boleh jadi disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis seboroik
- akibat jangkitan kulat
- dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.