
Sulit
4 tahun
Kegatalan kulit kepala yang melampau
Saya mengalami kegatalan kulit kepala yang melampau apabila kulit kepala saya kering dan panas. Pada bahagian muka turut gatal. Apakah punca penyakit ini dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada kulit kepala. Untuk makluman anda, gejala kulit kepala gatal boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- stres
- alahan
- kelemumur
- jangkitan kulit
- jerawat
- cuaca
- bisul
- folikulitis
- kutu kepala
Bagi kulit muka yang gatal, ianya boleh berpunca daripada:
- Alahan
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.