
Anonymous
5 tahun
Kegatalan kulit - tinea,ringworm
Ibu saya mengalami kegatalan kulit pada bahagian belakang badan, tepi kiri dan kanan pinggang serta di celah paha juga bahagian pinggul.dan baru-baru ni ibu saya mengalami stroke bleeding dan lumpuh sebelah badan kanan nya. Seminggu Yang lalu dah discharged from ward.jadi sekarang ibu sering menggaru tempat2 gatal tersebut dengan amat kuat.saya cuba sapu ubat gatal tetapi gatal tu semakin menjadi-jadi. Ibu saya perlu memakai pampers sekarang. Jadi dokter boleh suggest tak ubat Yang terdapat di farmasi yang bersesuai dengan orang yang lumpuh? Econazine tak membantu dan ibu bertambah gatal. Di klinik kulit amnya menawarkan suntikan untuk cegah kegatalan tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab kegatalan kulit yang ibu anda hidapi:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk memberi preskripsi ubat, kami perlu melihat kulit ibu anda dahulu dan bertanya kan beberapa maklumat sebelum kesimpulan tentang penyakitnya dibuat.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatannya, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.