
mmadnor4
5 tahun
Kegatalan pada alat sulit lelaki
Saya seorang lelaki berunur 29taun…saya menghadapi masalah kegatalan pada alat kemaluan sudah lebih 6 Bulan…saYa mendapati terdapat bintik2 merah pada kawasan tersebut…sayA telah pergi ke beberapa huah klinik tapi tidak berkesan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan kulat
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan hubungan seks bebas
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.