
Anonymous
6 tahun
Kegatalan pada alat sulit
Saya lelaki berusia 49 tahun. Baru baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya setiap kali selepas bersama. Alat sulit saya kelihatan merah seperti ruam. Adakah ini simptom penyakit kelamin? Namun, pasangan saya tidak mengalami kegatalan dan masalah seperti saya selepas bersama. Bolehkah doktor cadangkan krim atau ubat sapu yg sesuai yang boleh dibeli di farmasi?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat pebagai punca kegatalan pada kemaluan, antaranya:
- Kegatalan dan ruam pada kulit disebabkan masalah kulit seperti kurap atau ekzema
- Jangkitan penyakit kelamin
Bagi merawat masalah ini, maklumat lanjut tentang masalah tersebut haruslah diketahui sebelum kesimpulan tentang penyebabnya boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!