
Sulit
4 tahun
Kegatalan Vagina - Wanita mengandung
Saya berumur 29 tahun, mengandung 15 minggu. Sejak sebelum berkahwin, saya sering mengalami gatal2 di bahagian luar vagina saya. Saya pernah mengambil ubat makan, dan krim untuk rawatan semasa sebelum kahwin. Sejak dahulu hingga sekarang sekiranga gatal2, saya menggunakan Travocort Cream. Saya juga menggunakan pantyliner/pad sebagai pelapik. Kekerapan gatal2 setiap 2-3bulan sekali.
Soalan saya, adakah Travocort Cream ini selamat digunakan bagi wanita mengandung?
Jika tidak, apakah ubat yang sesuai yg boleh disarankan untuk saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, travacort cream adalah ubat untuk merawat jangkitan kulat namun begitu, ia tidak digalakkan digunakan sewaktu hamil kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan ubat ini dalam kadar yang banyak. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai untuk anda gunakan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian alat sulit, antaranya ialah:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
- Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, pemeriksaan fizikal perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat dan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar.