
Sulit
4 tahun
Kegatan di peha berdekatan miss v
saya 16 tahun… saya sudah pun period bbrp mingu yg lalu ketika bulan mei… jadi, lepas sahaja saya habis period… saya mengalami kegatalan di bahagian peha berdekatan dengan miss v saya… makin lama ia makin merebak hingga ke celah punggung… ia memberi kesan yg sangat la saya risaukan kerana apabila kegatalan berlaku… ia menyebabkan kulit saya menhadi merah kehitaman dan kering pada masa tertentu… ini menyebabkan saya rasa tidak selesa utk membuat aktiviti harian… mohon bantuan ye

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kulit gatal yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kulit kering kerana dehidrasi atau kulit bergesel antara peha
- Ekzema
- Alahan
- Hives- keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin. Keadaan ini akan menyebabkan pembuluh darah kecil menjadi bocor yang menyebabkan kulit membengkak.
- Sebab-sebab lain- parasit seperti cacing, serangga seperti “bedbugs”, nyamuk, atau kutu. Jangkitan kulat seperti “athlete’s foot” juga boleh menyebabkan gatal-gatal di sekitar jari kaki.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan medapatkan diagnosis yang tepat, rawatan dapat diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.