
Sulit
4 tahun
Keguguran 10 minggu 3 hari
Hai doktor.Saya mengalami pendarahan banyak pada 17.12 tapi tak sakit,sya terus pergi ke ETD,doktor kata baby masih ada,tp 18.12 tu pendarahan banyak berserta sakit pinggang dan perut,doktor scan tp kata baby mcm dah tak ada,lepas balik dari ETD tu sakit datang setiap 5 minit.cuma pendarahan yg keluar,tiada langsung darah berketul.21.12 jumpa doktor di O&G scan kata tinggal kantung jer,lepas blik dri hospital mlm tu keluar kantung panjang 4cm.persoalannya sampai sekarang saya masih tak keluar pun darah ketul² dan sya masih keluar pendarahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan apa sebenarnya pendarahanberketul yang anda maksudkan kerana persoalan lebih mendalam dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Namun kebiasaannya setelah keguguran berlaku, pendarahan akan berterusan selama seminggu atau dua. Jumlah darah yang keluar berbeza mengikut individu. Boleh jadi juga darah yang keluar adalah darah nifas selepas bersalin atau keguguran. Darah nifas terbahagi kepada tiga iaitu:
- Lochia Rubra : berwarna merah terang, selepas sehari atau dua hari bersalin
- Lochia Serosa : berwarna pink-perang dan berterusan sehingga hari ke 10
- Lochia Alba : berwarna putih kekuningan berterusan sehingga 6 minggu selepas kelahiran
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:
- Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
- Sakit yang luar biasa
- Demam
- Pening kepala berterusan
- Pucat
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.