Anonymous
4 tahun
Keguguran 2 tahun berturut
Saya berumur 35 tahun dan mengalami keguguran dua tahun berturut-turut pada tahun 2017 & 2018, pada umur kehamilan 16 dan 17 minggu, di sebabkan pecah ketuban awal.
Soalan saya;
- Apakah faktor utama yang menyebabkan keguguran d usia kehamilan yang sama?
- Apakah ubatan, suplemen atau sebarang jenis aktiviti atau senaman yang perlu di amalkan atau di ambil untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap gejala yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan keguguran janin iaitu:
- Faktor genetik ibu atau masalah genetik anak
- Status kesihatan ibu mengandung seperti Hyperhyroid, Diabetes, tekanan darah tinggi
- Jangkitan pada bahagian wanita
- Merokok, mengambil minuman beralkohol atau dadah
- Insiden pecah ketuban berulang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk
bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.