
Sulit
5 tahun
Keguguran 4 minggu tapi bleeding hanya 3 hari
pd mulanya sy sakit kepala 3 hr berturut ²…14.8 sy tergerak hati check upt syukur alhamdulillah naik 2 line…15.8 sy pergi klinik untuk kepastian betul ke sy pregnant alhamdulillah result yg sama naik 2 line…masa tu nurse kira sy br 2 weeks…21.8 sy ada appointment dgn klinik pakar o&g pasal cyst sy…dalam masa yg sama doc check sekali betul ke sy pregnant…check upt naik 2 line juga…bt scan atas dan bawah tak nmpk ape²…doc kata ada 2 kemungkinan sama ada kandungan luar rahim atau awal lg…doc sarankan sy masuk wad…5 hr sy masuk wad…bt ujian beta hcg…bacaan memang positive hamil…doc bg sy keluar wad sebab dlm wad sy tak ada tanda² bleeding…doc sruh follow up klinik je…pada 29.8 - 31.8 sy ada bleeding sikit…pakai pad 1 keping tapi tak penuh…sy ingt bleeding sebab awal pregnant…sy tak pergi hospital check…tp rupanya bleeding sy gugur…semalam 11.9 sy appointment klinik utk 6 weeks…check upt pertama naik 1 line negative…doc dah pelik…kenapa mesti negative sedangkan pregnant…check sekali lagi upt naik 1 line negative juga…doc sahkan sy gugur…kecewa bila dpt thu sy gugur…doc kata sy gugur mgkin kandungan dlm 4 weeks…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah keguguran di awal kehamilan adalah perkara yang sering berlaku dalam kalangan wanita meskipun sudah hamil beberapa kali. Pendarahan keguguran tidak semestinya banyak dan berpanjangan kerana ia adalah bergantung pada usia kandungan. Selepas keguguran, ujian UPT akan menunjukkan keputusan negatif semula. Anda dan suami anda boleh mencuba semula untuk hamil dan tidak terlalu risau akan keguguran lampau. Namun begitu, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor pakar anda jika anda mempunyai masalah kista (cyst) dalam ovari anda.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian mengenai kehamilan dan masalah kesihatan wanita. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.