
Sulit
4 tahun
Keguguran 9minggu tapi janin masih tidak keluar
Hi doc, sy berumur 39tahun dan mengetahui telah mengandung twin. Tp diusia kandungan 9minggu doc telah mengesahkan tiada denyutan jantung bayi dua2 skli. Dh menyatakan sy keguguran. Jd doc meminta sy tunggu untuk janin keuar sendiri. Tetapi sudah seminggu janin masih lagi tidak keluar. Tanda2 pendarahan pon masih belum ada… apa patut sy buat doc sebelum tiba tarikh 26hb april untuk d&c…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk menunggu tarikh operasi atau prosedur sekiranya anda tidak mengalami sebarang gejala. Tetapi sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Mengalami pendarahan daripada faraj
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pening kepala
- Sakit kepala
Anda masih risau tentang keguguran yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.