
Sulit
5 tahun
Keguguran anak pertama. Nak try lagi. Tapi tak pasti bila waktu subur sbb period belum datang lagi
Doc. Saya baru buat dnc 15/2/20. Disebabkan jantung baby tiada pada usia 9minggu. Selepas dnc saya keluar spot darah beberapa hari. Jadi, bilakah jangkaan saya akan datang period semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, lazimnya, kitaran haid selepas prosedur dilakukan akan mengalami ganguan. Lazimnya, kesuburan akan kembali dalam masa dua minggu namun, tiada masa yang tetap mengenai bila kitaran haid puan akan kembali normal.
Selain itu, amat disarankan untuk puan menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi bagi memberi ruang untuk rahim puan pulih. Amat disarankan juga untuk puan mengambil folate sebelum mencuba untuk hamil atau berjumpa dengan doktor untuk kaunseling sebelum kehamilan bagi mengetahui langkah-langkah yang sesuai untuk diambil.
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.