
Sulit
4 tahun
Keguguran atau masih hamil
Saya mengandung 19minggu dan tidak pernah ke klinik sbb xtahu yg saya mengandung, sekarang saya merasakan sakit di rahim dan bayi saya tidak bergerak lgsg, perut saya juga tidak mmbesar spt 4bulan, adakah saya sudah keguguran? Jika saya ke klinik, doc akan melakukan d&c atau paksa melahirkan? Adakah saya akan ditahan wad? Apa yg akan terjadi jika bayi ni sudah mati ttpi saya tidak keluarkan dlm tempoh masa yg lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, antara tanda bayi 4 bulan dalam kandungan yang normal adalah mulai menendang atau disebut sebagai quickening . Tendangan pertama ini lazimnya boleh berlaku pada usia kehamilan 16-25 minggu, namun begitu, ada juga wanita mengandung yang sudah mengalami quickening semenjak usia kehamilan 13 minggu.
Bagi menjawab permasalahan anda, anda amat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan bagi menjalani pemeriksaan susulan. Pemeriksaan yang diperlukan seperti ujian ultrasound selain pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Penanganan yang sewajarnya akan diberikan kepada anda bergantung kepada kondisi yang anda alami. Hal ini juga bagi mencegah sebarang komplikasi lain daripada berlaku seperti jangkitan.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih